T�tulo do Seu blog aqui

Wednesday, February 21, 2007

Tuesday, February 13, 2007

Tugasan yang belum selesai

Jam kat desktop baru menunjukkan pukul 4.35ptg. Tapi, rasa dah malas nak sambung buat account. Setakat ini, ummi dah siapkan sehingga Oct 2005. Teringat kata - kata en afzan, 'imah terpaksa laju sikit.. kerana kita akan audit akaun kita ni pada bulan march nanti..' emm.. kalau ikutkan, memang ummi nak buat dengan pantas dan cepat supaya cepat siap, tapi kekadang banyak tugasan lain yang menyebabkan ummi terpaksa tunda tugas accounting ni..
InsyaAllah ummi dapat submit on time.. Amin.
Sekarang ni, badan penat sangat.. tak tahu la apa penyebabnya. Tapi, orang selalu kata yang memang kalau ada anak kecil ni, penat la sikit.. tapi, seronok.. emm.. memang betul pun. Badan penat coz, maybe sebab bebanan kerja, dan satu lagi sebab bb minum susu badan. Tenaga kita, setengahnya kita dah bahagikan pada si kecil.. betul ke tak, tak tahu la. tapi, yang pasti perasaan seronok ada anak kecik ni.. memang tak boleh nak disangkal.. ummi tak boleh nak bayangkan la macamana orang tergamak membuang bayi yang mereka kandung sendiri selama 9 bulan tu. diorang tu lebih takutkan / malu pada manusia berbanding takut pada Allah. sebab tu mereka sanggup melakukan perbuatan terkutuk tu.. dah la dosa buat maksiat tu satu, then buang bb tu lagi yang mereka terpaksa tanggung.. Ya Allah.. Nauzu billah.. Ya Allah peliharalah kami dan keturunan kami dari perkara sebegini.. Amin
berbalik pada hal tadi.. ada anak kecik ni memang tak puas la.. rasa tiap masa nak peluk cium dia je.. dan, one thing la, budak kecik ni.. bau busuk macamana pun, memang wangi la.. pipi dia, mulut dia, telinga dia, best la cium.. seronok rasa.. hik.
Teringat kuliah jumaat yang lepas, Ust Wan Dagang bercerita tentang kejadian manusia, dan apa yang ummi boleh kongsi di sini ialah.. yang semua kita ni asal kejadian, berada di dalam 'rahim'.. Allah letak nama tempat simpanan kita semua ni, dengan nama yang sama dengan nama Allah yang mana bermaksud 'sayang'..
Semua bayi yang lahir ke dunia ni pun lahir dengan agama fitrah, iaitu mengakui bahawa Allah tuhan Yang Esa.. sebab tu la, kita tidak sekali2 menzalimi anak - anak kecil kerana selagi mereka tidak baligh, mereka dijanjikan syurga oleh Allah. Selepas mereka baligh sahajala yang menentukan mereka itu Islam ke, kafir ke, majusi ke, nasrani..
ops.. dah dekat jam 5 ptg.. ummi must stop here..