T�tulo do Seu blog aqui

Thursday, March 25, 2010

Ummi redha..

Harini along dapat keputusan peperiksaan OTI 1 nya. Selepas beberapa hari ummi tak lalu nak makan kerana risaukan keputusan along, hari ni bertambah lagi takde selera nak makan. Ini gara - gara keputusan along yang tidak menepati dengan jangkaan ummi.

Keputusan yang telah along perolehi :

BM 1 - 100
BM 2 - 95
BI - 96
MATH - 94
PAI - 98
SC - 100
JAWI - 98

Kedudukan dalam kelas : 2/31

Sebenarnya cita - cita ummi agak tinggi. Ummi mengharapkan along akan mendapat tempat pertama bukan sahaja di dalam kelasnya, malah seluruh kelas.

Memang pada mulanya ummi agak kecewa dengan apa yang along dapat, tetapi apabila memikirkan semula, bahawasanya segalanya datang dari Allah, dan Allah telah menetapkan setakat itu pencapaian along, maka ummi redha dengan segalanya.

Kekadang ummi sendiri pun memerlukan semangat dan pendorong dalam menghadapi situasi - situasi sebegini. Biasanya ummi akan mendapat penawar apabila membuka dan membaca butir - butir ilmu dari blog ummuhusna (wife ust zaharudin ni)

Apabila membaca blog kak as ni, jiwa ummi akan lebih tenteram kerana banyak nasihat dan panduan yang kak as telah kongsikan dengan semua. Ummi selalu teringin menjadi sebaik kak as, tetapi masih banyak kekurangan dalam diri ini. InsyaAllah ummi cuba untuk menjadi yang terbaik dan ummi juga akan cuba untuk menjadi ibu yang baik untuk anak - anak.. moga Allah permudahkan usaha ummi dan ummi juga akan berjaya.. InsyaAllah..

Mendapat inspirasi dari blog kak as, maka ummi telah membuat satu kad untuk along sayang ummi.. moga semangat dia akan pulih semula. Ummi ada buat silap dengan along kerana telah membanding - banding kan along dengan mok dek. Tetapi, pada hakikatnya markah mok dek dan along hanya berbeza 1 markah sahaja. Tetapi, luck mok dek kerana sekolah lain dengan along dan mok dek telah mendapat tempat pertama.

Ummi percaya along akan mendapat yang lebih baik selepas ini. InsyaAllah. Ummi doakan yang terbaik buat anak ummi.. Amin..


Gambar : Harap along suka dengan 'HATI' yang ummi buatkan ini.. :)

Tuesday, January 19, 2010

Bermula nya along sebagai pelajar sekolah rendah @ Sekolah Rendah Sultan Ismail

Minggu ni, kira - kiranya dah masuk minggu ke 3 along ke sekolah. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Tak susah untuk bangun pagi dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.

"Ummi.. bila along masuk darjah 1 nanti.. along nak sembahyang penuh dah la.. x mboh tinggal dah la sembahyang.. nanti Allah marah kan ummi?.."ujar nya suatu ketika dulu. Sebelum mencecah umur 7 tahun. Ummi masih ingat lagi janji nya itu.

Dan, Alhamdulillah.. kerana apa yang di katakan nya itu, di kotakan nya. Setakat ini, apabila lepas mandi dan memakai pakaian sekolah, dia dengan sendiri nya akan menunaikan sembahyang. Jika sempat, berjemaah dengan ummi atau pun abah.

Suasana pagi kekadang gamat jika terlewat bangun. Waktu pagi adalah waktu yang sangat genting. Kerana bagi abah, walaupun 5 minit terlewat, akan menyebabkan abah lambat sampai ke pejabat. Waktu pagi, along akan di hantar kan oleh abah dan waktu balik, ummi mengambil alih tugas tu.

Setakat ini, along adalah antara pelajar terawal yang sampai ke kelas nya. Kebiasaannya, abah akan menghantarnya sampai ke kelas. Bimbang dengan keselamatan dirinya. Along ni agak berbeza dengan mok dek yang sedikit independent berbanding along. Along ni lebih kepada berlemah lembut dan kekadang agak slow.. ( marah dia kalau kata dia slow..)

Hari pertama ke sekolah. Abah ambil cuti. Ummi sekadar menemani along semasa masuk ke kelas. Kami ingatkan ada taklimat untuk ibubapa. Rupanya takde apa2 taklimat pun.. jadi, pagi tu kami tinggalkan along dengan kawan - kawan baru nya kat kelas.
Riak muka dia, macam ni jela.. senyum je.. tidak ada apa yang nak dirisaukan kerana dia dah bersedia untuk menjadi pelajar sekolah.. Syukur.. mujur la kalau gitu.. Moga Along dapat belajar dengan baik..

Gambar atas dan bawah : Hari pertama along di SK Sultan Ismail. Kelas Hakim.
Duduk bersebelahan dengan wan.


Hari kedua, ummi sengaja awal ke sekolah. Sengaja nak pergi mengintai apa yang di lakukan oleh along di kelasnya. Ummi tinjau dari jauh je.. nampak semua pelajar lain sedang beratur di depan kelas untuk bersalam dengan guru yang mengajar sebelum keluar kelas.

Intai - intai, tak nampak pun along di kalangan mereka yang beratur. Rupa - rupanya dia tengah mengangkat kerusi ke atas meja. Ditemani kawannya, wan. Isy.. risau tengok dia.. along adalah paling akhir bersiap. Kalau ummi cakap dia slow, marah dia.. takpela.. sabar ummi menunggu.

Hari kedua along di kelas nya. Di tangan, terdapat botol air yang tak sempat
nak dimasukkan ke dalam poket beg dan disebelah tangan lagi, serkup nya yang
dia sendiri pun tak perasan dah nak jatuh.. :)

Hari ketiga dan seterusnya, sehingga ke hari ini, along dah semakin berdikari. Dapat kenal kawan dan makan bersama - sama mereka. Biasanya makanan yang ummi bekalkan pada along, akan di makan bersama - sama dengan rakan - rakan baiknya. Antaranya, wan, najah dan anis.

Syukur.. mujur mendapat kawan yang baik dan saling tolong menolong.. Doa ummi setiap hari dan setiap ketika moga along akan sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang along ceburi dan akan berjaya dunia akhirat.. Amin..

Hari ketiga. Membawa botol air yang baru.

Bergambar dengan kawan. Wan, Najah dan along.

Selepas along masuk sekolah ni, jadual ummi dah berubah.
Pagi, hantar adik ke taska dan terus masuk ke pejabat. Lebih kurang pukul 12.40, ummi akan keluar menuju ke sekolah along untuk mengambil along di sekolah dan tempatkan along di transit. Alhamdulillah along dapat tinggal satu tempat dengan adik. Jadi tidak perlu ummi berulang alik ke sana sini untuk mengambil along dan adik memandangkan dua dua disatu tempat saje.

Begitulah rutin ummi setiap hari. Setiap hari jadual sekolah along akan berakhir pada pukul 12.45 tengahari. Cuma, hari ahad sahaja yang berbeza masa, iaitu berakhir pada pukul 1.15petang.

Pada pukul 3 petang pada hari isnin dan khamis pula, ummi akan minta kebenaran sekali lagi untuk keluar untuk mengambil along dari transit untuk menghadiri tuition class. Alhamdulillah, setakat ini, along dapat mengikuti segala jadual yang telah ummi aturkan buatnya.

Kata - kata ibu, adalah doa..
Dari itu, ummi sentiasa berpesan padanya..
"along belajar betul betul ye.. dengar elok elok apa yang cikgu cakap, dengar baik - baik.. dan ikut apa yang cikgu suruh. InsyaAllah along dapat belajar dengan baik.. InsyaAllah.. "
sambil mengusap kepala nya, ummi akan sentiasa membaca doa yang Nabi bacakan kepada Ibnu Abbas.. iaitu . (للهم فقهه فى الد ين و علمه التأويل.“Ya Allah berilah kefaqihan kepadanya dan berilah kealiman dalam ta’wil (tafsir alquran)”(HR. Bukhari dan Muslim : 2477).

InsyaAllah suatu hari nanti, along akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Moga berjaya dalam hidup dan berjaya menjadi seorang hafizah. Itu impian ummi dan abah.. InsyaAllah di permudah kan Allah.. Amin..
Amin Ya Rabbal Alamin..


Thursday, October 29, 2009

Pelajar Cemerlang, Moga Cemerlang Dunia Akhirat

[ Selesai sudah perjuangan along sebagai kanak - kanak tadika]

[ Doa yang tak pernah putus dari ummi buat Along, semoga menjadi anak yang solehah, patuh dengan ajaranNya dan seterusnya kan berjaya dunia dan akhirat. ]

Alhamdulillah, hari ini along telah melakarkan satu lagi sejarah dalam diari hidup along sebagai seorang pelajar tadika. Along adalah antara pelajar yang di anugerahkan sebagai pelajar cemerlang pada tahun ini. Anugerah ini di sampaikan sempena Majlis Konvokesyen Kanak - Kanak Tadika yang di adakan di dewan Berlian, MPK Kemaman.

[ Bergambar bersama basikal yang diperolehi ]

Ummi telah mengambil cuti pada hari ini memandangkan abah tidak dapat bersama sama dengan along di majlis tersebut. Ummi berbangga dan gembira dengan kejayaan along. Seronok melihat kejayaan anak yang telah kami didik ini, sudah pun mencapai satu tahap yang boleh di banggakan.

Menyedari perjalanan hidup along masih lagi jauh, dengan itu kami amat menekan kan
kepentingan ilmu dalam diri along. Terutamanya ilmu agama. Cabaran hidup pada masa sekarang lebih mencabar berbanding dahulu. Jika tidak di bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya, dikhuatiri akan di landa dengan pelbagai masalah dan konflik diri. Nauzubillah..


Ya Allah, semoga zuriat kami ini akan membesar bersama dengan roh Hidayah Mu.. dan akan terhindar dari segala bala dan bencana yang tidak kami ingini..Semoga membesarnya, adalah sebagai pejuang agama Mu dan redha Mu yang menjadi matlamat..

Amin Ya Allah.. Amin Ya Rahman.. Amin Ya Rahim..

Semoga ini adalah hadiah yang terindah untuk ummi, sempena hari lahir ummi esok.. :)
Sayang Along...

Monday, October 19, 2009

Sesekali masuk paper..

Ini adalah antara gambar yang telah di snap oleh jurukamera suratkhabar terkemuka di malaysia ni. Ummi rakamkan di sini sebagai kenangan untuk along di masa hadapan.

Ummi sangat berbangga dengan along kerana di kalangan ramai - ramai mereka yang berjaya hafaz Surah Yassin dan terjemahan nya tu, along adalah salah seorang nya..

ummi doakan semoga apa yang along hafaz ini akan di ingat sehingga bila - bila.. InsyaAllah.. Moga along akan menjadi seorang hafizah suatu hari nanti.. Amin..










Utusan Online : Picture Slideshow
Kedudukan Along : Barisan ketiga, sedang memandang ke arah kamera.



















Berita Harian. Ahad 18 Oktober 2009.
Kedudukan : Sebelah kanan, barisan ketiga. Gambar ni, kurang jelas kerana along tunduk. Sebelah Along, adalah Qayyum.
























Kawan - kawan along.

Berita Harian Online

Terengganu perkenal I-Iqraq pelajari al-Quran


KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi mendahului dalam bidang pendidikan apabila memperkenalkan kaedah pembelajaran al-Quran secara elektronik dengan menggunakan I-Iqraq untuk pelajar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata alat elektronik yang menyamai komputer riba itu mengandungi 30 juzuk Al-Quran di samping surah lazim untuk memudahkan kanak-kanak mahupun orang dewasa mempelajari tajwid dan hukum secara tepat.

"Sebagai permulaan, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah memperkenalkan I-Iqraq ini kepada murid-murid kelas bimbingan, kanak-kanak (Tadika) YIT di negeri itu sejak tiga bulan lalu.

"Setiap kelas dibekalkan dengan seunit alat ini dan melalui kaedah itu pembelajaran al-Quran akan lebih mudah untuk dipelajari kerana ia turut dilengkapi suara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran kanak-kanak Tadika peringkat negeri Terengganu 2009, di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Seramai 4,622 kanak-kanak Tadika berusia lima dan enam tahun yang berjaya khatam Al-Quran tahun ini diraikan pada majlis itu.

Ini adalah tahun keempat YIT menganjurkan majlis sedemikian dan jumlah kanak-kanak yang berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding 2,066 pada tahun lalu.

Ahmad berkata, I-Iqraq akan dijual kepada orang ramai tidak lama lagi menerusi syarikat yang dilantik kerajaan negeri dengan harga RM1,988 seunit dan akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang. - Bernama

Utusan Malaysia Online - Timur

Terengganu perkenalkan I-Iqra' mudah baca al-Quran


SEBAHAGIAN daripada 4,622 murid tadika membaca ayat suci al-Quran pada Majlis Khatam al-Quran Kanak-Kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Negeri ini boleh berbangga apabila satu lagi teknologi baru, I-Iqraq diperkenalkan bagi memudahkan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat.

I-Iqra' merupakan buku elektronik yang dilengkapi 30 juzuk al-Quran di samping menggunakan teknologi skrin sesentuh selain berupaya mengeluarkan suara bagi memudahkan pengguna mendengar setiap bacaan dialunkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, teknologi I-Iqra' telah berada di pasaran sejak tiga bulan yang lalu dan ia disambut baik oleh pengguna.

Katanya, melalui teknologi tersebut negeri ini menambah satu lagi usaha dalam menjadikan masyarakat di negeri tersebut celik al-Quran.

"Selepas kejayaan kita menyediakan kemudahan e-Book untuk pembelajaran di sekolah rendah, kini I-Iqra' diperkenal kepada masyarakat agar mereka mahir membaca al-Quran terutama kepada generasi muda.

"Justeru, saya berharap masyarakat dapat mengambil peluang memanfaatkan kemudahan yang telah diperkenalkan ini agar didikan awal al-Quran dapat diterapkan dalam jiwa mereka selain hal-hal duniawi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di Gong Badak di sini hari ini.

Seramai 4,622 pelajar tadika di seluruh negeri menyertai program tersebut yang menggabungkan pelajar tadika empat jabatan iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran negeri serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sementara itu, Pengarah YIT, Mohd. Zulkifli Abu Bakar berkata, I-Iqra' merupakan projek bersama dengan 4-Tech Global dan setakat ini pihaknya mengeluarkan 342 unit I-Iqra' untuk digunakan di 17 tadika di bawah yayasan itu.

Menurutnya, ibu bapa yang berminat mendapatkan kemudahan I-Iqra' boleh mendapatkannya di YIT dengan harga RM1,988 seunit.

"I-Iqra' sebuah buku elektronik yang praktikal dan mudah di bawa ke mana-mana saja selain memberi kemudahan kepada pengguna belajar membaca al-Quran dengan betul," jelasnya.

Yayasan Islam Terengganu

MAJLIS KHATAM PROGRAM PINTAR AL-QURAN KANAK-KANAK TADIKA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2009

Sample Image
Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009 akan diadakan pada 17 Oktober ini bertempat Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan akan dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu.Program pintar Al-Quran anjuran Negeri Terengganu pada tahun ini berjaya melahirkan 4622 kanak-kanak tadika dalam mengkhatam Al-Quran.Kanak-kanak ini terdiri daripada Tadika Yayasan Islam Terengganu dengan seramai 1488 orang,Jabatan Pendidkan Negeri Terengganu seramai 1637 orang,KEMAS seramai 1377 orang,Tadika PERPADUAN seramai 120 orang.

Saturday, August 01, 2009

Bukan Along tak pandai, tetapi perlu belajar dari kekalahan..

Kejayaan anak - anak merupakan suatu token kepada ibubapa yang telah mendidik mereka. Tak ada ibubaoa yang ingin melihat anak anak mereka gagal. Kebanyakan dari ibubapa akan menagih kepada kejayaan anak - anak mereka, tak kira la sewaktu mereka kecil, apatah lagi semasa mereka dewasa..Kehidupan ummi dahulu, yang serba susah, menyebabkan kami adik beradik telah dididik untuk mencari ilmu sehingga ke menara gading bagi membolehkan kami mengubah nasib kami yang serba kekurangan itu. Keadaan ini lebih menagih kepada usaha kami pabila saat arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga..Jika di imbas kembali, saat itu amat perit buat mek kerana terpaksa memikul bebanan bersendirian.. menyekolahkan kami adik beradik. Kak (mama chik) yang tika itu, masih di tingkatan enam, kak nah juga baru di sekolah menengah.. ummi dan adik ah (ngah) masih di sekolah rendah.. dan sue baru sahaja mencecah umur 7 tahun..Jika nak di bayangkan, bagaimanalah nasib kami ketika itu.. dengan ketiadaan harta nya kami.. dengan susah nya hidup kami.. dengan payahnya sesuap nasi itu untuk diperolehi.. menyebabkan ILMU itu di suruh dan di tagih oleh mek untuk di kejar oleh kami 5 beradik perempuan ini.. Tiada siapa menyangka, sesungguhnya rezeki itu bukan datang dari kita, manusia .. tetapi, datang nya dari Allah Yang Maha Kuasa..Jika di bayangkan, mek terpaksa membanting tulang ke sawah padi bagi mendapat kan sesuap nasi dan mencari belanja untuk persekolahan kami.. dan, kekadang di masa cuti sekolah kami.. sawah padi itu la kami bersama - sama bergelumang dengan selut, pacat dan lintah..Tetapi, kepayahan.. kesusahan itula yang telah membawa kejayaan untuk kami sehingga ke hari ini..Kami sentiasa membayangkan, sekiranya arwah ayah masih hidup tika ini.. betapa gembiranya dia melihat kejayaan anak2 nya.. Kak (UM) dan kak nah (USM).. sebagai pendidik bangsa, ummi(USM).. dapat bekerja di syarikat perkapalan, Ngah(UIA).. sebagai lawyer.. dan sue(UTM) yang dapat bekerja di Usains..Alhamdulillah.. kami bersyukur di atas segala nikmatNya..
--------------------------------
Setelah ummi bergelar sebagai ibu, kekadang terasa ummi terlalu memaksa diri untuk melihat kejayaan anak - anak sehinggakan terlupa bahawa rezeki dan takdir itu datang dari Allah.. bukannya dari kita semata - mata..Along telah memasuki pertandingan mewarna khamis lepas.. dan, kali ini hadiah yang di tawarkan.. sangat menarik perhatian ummi dan semua ibubapa yang membawa anak - anak mereka.Mungkin kerana ummi terlalu yakin dengan kejayaan along, menyebabkan ummi terasa kecewa kerana along tidak berjaya kali ini.. Ya Allah,.. betapa tak sempurna nya diri ini.. kenapa perlu kecewa dengan takdir yang telah Engkau tetapkan?.. Ya ALlah.. ampunkan lah diri ini, di atas kelalaian diri ini.."ummi.. along kaler tak lawa ke ummi?..""takde.. along kaler memang lawa,.. cuma, kali ini along akan dapat belajar sesuatu.. iatu kekalahan..""tak semua yang kita hajatkan, akan menjadi kenyataan dan tak semua yang kita nak, akan dapat.. kita perlu terima dengan redha apa yang telah Allah tetapkan.. Moga Allah kurniakan lebih lagi kepada kita.. InsyaAllah kita akan menjadi umat yang lebih bertuah..." InsyaAllah...wallahua'lam..Ummi - 01 August 2009
Ada satu part bahagian atas yang tak sempat along kaler.. tu sebab along memang tak di qualified untuk menjadi pemenang..Lain kali, jangan banyak sembang dengan kawan ye.. masa singkat je.. so, u must do it fast.. :)"Ummi.. lain kali, along buat dengan cepat ye.. sori ummi..""ok.. takpe la.. ingat tu lain kali,.. kalau kita nak sesuatu.. kita kena usaha dan tawakkal..barulah kejayaan itu akan tiba.."

Tuesday, July 14, 2009

Cippotaminggo

Sehari - hari, kita di sibukkan dengan bebenan kerja, rumahtangga dan pelbagai masalah dunia.. sehinggakan, kita dah tak sedar dengan berlalunya masa, maka usia kita semakin meningkat dan anak2 juga bertambah matang dan membesar..

Seperti ummi, selalu terlupa; Alia telah pun besar dan kekadang lebih banyak yang dia tahu berbanding ummi.. kerana di sebabkan sikap suka bertanya nya..
Kekadang ummi yang terpaksa melayan pertanyaan nya, kelu; berfikir; apakah yang perlu di perkatakan supaya setiap pertanyaan nya itu di jawab dengan penjelasan.. bukan nya membuatkan dia semakin tidak faham.. ada juga kekadang jawapan ummi yang lebih menjurus kepada 'melarikan diri'.. kerana tak pandai menghuraikan pertanyaan nya yang agak rumit.. :)
Biasanya.. abah lah tempat rujukan ummi .. "ok.. nanti kita tanya abah ye.." dan, pastinya soalan itu akan di simpan untuk di tanyakan kepada abah nya kelak.. begitu la alia.. dan, sekarang dah pun mencecah umur enam tahun.. terasa cepatnya masa berlalu..

Sebagai perkongsian dengan semua, ummi bawakan beberapa tips yang kami gunakan untuk mendidik anak - anak..

Seperti sesetengah sahabat yang tak bekerja, banyak masa yang dia dapat spend bersama anak2.. tapi, macam ummi dan ramai lagi sahabat yang bekerja, so tak banyak masa bersama anak2 ni, terutamanya masa untuk mendidik mereka.

Ini antara cara yang ummi guna semenjak alia kecil dan di praktikkan sehingga muadz sekarang.

1. Semasa mula naik kereta, otw nak pergi hantar mereka ke sekolah.. ajarkan dan bacakan doa bersama2 mereka.. doa penerang hati, alfatihah, dan ayat kursi. Kekadang, tak sempat habis pun ayat kursi, coz dah sampai ke sekolah..

2. Otw kami ke sekolah diorang tu, akan melalui kawasan perkuburan yang sangat panjang.. so, masa tu ummi ajarkan mereka memberikan salam kepada orang yang telah meninggal dan sedekah kan mereka alfatihah.. (alia start bertanya kan pasal hidup mati ni semenjak dia berumur 4-5 tahun lagi.. di mana kita hidup selepas mati, dosa pahala dan semua yang berkaitan dengan alam ghaib).. sekarang ni, muadz pun dah pandai bacakan doa ni semasa melalui perkuburan, Cuma dia tak tahu lagi kenapa perlu baca semua tu..
Alhamdulillah la.. coz kalau nak kire, beberapa kali jugak la kami melalui perkuburan ni, berulang alik .. so setiap kali melalui nya, alia akan berhenti bercakap dan akan terus membacakan doa ini.. Cuma, muadz yang selalu ngelak.. antara sebab ummi mintak dia baca kerana, untuk “disedekah kan pada arwah ayah ummi.. “.. so, dia selalu la baca supaya dia dapat sedekah kan kepada arwah atuk nya yang tak pernah dia dapat jumpa..

3. Setiap kali hantar mereka ke sekolah, peluk dan cium diorang.. cakap kan perkataan yang elok2 kepada mereka.. “along budak baik kan.. nanti belajar elok2.. dengar apa yang cikgu cakap yee.. dan ect2..” sama jugak la dengan muadz.. dan, dalam masa yang sama.. sapukan kepala mereka, dan sambil membaca doa ini.. (للهم فقهه فى الد ين و علمه التأويل.“Ya Allah berilah kefaqihan kepadanya dan berilah kealiman dalam ta’wil (tafsir alquran)”(HR. Bukhari dan Muslim : 2477).


4. Marahkan mereka kalau betul mereka silap, tapi cuba pujuk balik dan bagitau kenapa kita marah dengan tindakan mereka.. dan, yang kami sentiasa praktik kan adalah masing2 perlu mintak maaf jika buat silap.. tak kira la samada kami (parents) atau anak2 yang buat silap.. kalau along buat silap dengan ummi.. so, kejap lagi dia akan datang minta maaf la.. coz along dah faham yang dia buat silap.. (dia dah tahu bezakan yang dia buat silap atau tak).. so, masa tu la.. ummi akan accept maaf dia, dan pujuk dia.. ceritakan kenapa ummi marah padanya.. setakat ni, along boleh datang minta maaf dengan kami bila buat silap, Cuma muadz je yang terpaksa bagitau dlu utk pergi minta maaf, barula dia akan buat.. coz dia still tak faham lagi.. tapi, macam alia dlu pun, kami ajarkan semua ni masa dia start boleh cakap jugak..so, sekrang ni dia dah tahu.. jika buat silap, macamana dia tak puas hati pun, dia terpaksa datang minta maaf..

Itu adalah antara cara yang kami gunakan untuk mendidik anak2.. mungkin di luar sana; masih banyak lagi cara dan kaedah yang di gunakan oleh kawan2 supaya anak2 akan lebih pandai dan yang paling penting; menjadi Muslim Sejati.. InsyaAllah..

-----------------------------
"Ummi, kenapa pok tok suka sangat jilat jari".. tetiba je alia bertanya kan soalan itu kepada ummi sewaktu dalam perjalanan ke kelas tuition nye kelmarin..

"Jilat jari macamane?.." ummi terasa pelik dengan soalan dia yang sebegitu.. betul ke pok jilat jari? bile?..tak pernah perasan pun..

"Bile pok tok jilat jari?...oo masa pok tok makan nasik ke?".. ummi berkira2.. itu la soalan yang dia nak kan jawapan kot.. telahan ummi..

"tak.. kenapa pok tok selalu jilat jari masa pok tok nak baca surat khabar?.."

ummi rasa nak tergelak pun ada.. oo.. itu rupanya.. ummi sendiri pun, sebenarnya tak pernah perasan pun dengan kelakuan pok tok tu.. tapi, alia ni memang dia tak boleh orang gelak dengan pertanyaan nya.. sat lagi.. dia akan merajuk kerana kita tak memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang dia nak tahu.. so, ummi pun explain la kat dia..

"oo.. tu sebab pok tok nak suruh senang nak belek surat khabar tu.. kan, kalau jari kita basah.. lagi mudah untuk kita belek paper tu.."

"jadi, kalau kita nak baca surat khabar, kena jilat jari dulu la baru boleh baca?.."
isy.. silap faham la pulak..

"bukan,.. maksud ummi.. kalau kita jilat jari, maka jari kita akan jadi basah.. dan lebih senang kertas tu kita nak selak ke muka surat ke seterusnya.. "

"oo.. macam tu.." jawabnya..
ahh lega.. coz nampak macam dia faham dengan apa yang ummi terangkan..

"ummi.. kalau along nak buka plastik biskut ni, nak kena jilat jari jugak ke, baru kita senang nak buka?.."
alia.. alia..
macam tu karenah anak2.. ada saje pertanyaan nya selagi dia tak puas hati dan tak betul faham dengan pertanyaan nya.. sebab itu penting bagi kita; ibubapa; menjawab pertanyaan mereka dengan sebaik mungkin supaya mereka akan dapat ilmu dari kita.. bukan nya jawapan yang salah yang mereka tahu.. kerana ianya akan melekat di fikiran mereka sehingga la mereka besar..

Satu lagi peristiwa yang ummi terasa lucu apabila mengingatinya..
Semasa kami dalam perjalanan pulang dari kuantan minggu lepas, ada sebuah lori yang membawa muatan kayu2 kecik yang mungkin untuk di buat chipboard..

Disebabkan muatan nya itu agak melimpah; dan di khuatiri terjatuh dan terkena kereta kami; maka ada terdengar rungutan dari abah..
"isy.. lori ni.. bahaya sungguh.. takde safety langsung.. "
"kayu2 tu diorang nak bawa mane ye?.." saje ummi mencelah; saje ingin tahu..
"ni kayu2 yang diorang nak buat chipboard kat micco la ni.."
tetiba je.. along mencelah..
"ahhh?? apa abah?? cippotaminggo??"
lepas je dengar pertanyaan along tu..tergelak kami..kesian dia.. silap dengar..
tula.. nak sangat bertanya; tapi tak dengar bebaik apa yang orang cakap.. kang dah lain bunyinya.. :D
Buat along yang ummi kasihi..semoga along akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa bertakwa kepadaNya Yang Esa.. Amin..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu..

Sunday, June 21, 2009

Tahniah buat along

Harini, along telah menempa nama sekali lagi, kerana berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan mewarna peringkat daerah kemaman.

Pertandingan yang di anjurkan oleh A&W dan CIMB ini telah di sertai oleh sebilangan pelajar yang terpilih di sekolah - sekolah tadika yang terdapat di kawasan kemaman ini.

Pertandingan yang berlangsung di Casa Limbong, Yellow Town ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tghri.

Alhamdulillah.. berkat usaha dan doa dari semua, along telah membawa kejayaan kali ini..

Nampak gayanya, along ada potensi untuk masuk ke pertandingan lain pula nanti.. InsyaAllah..


Apapun, cikgu kelas along sangat berbangga dengan kejayaan along ini kerana memandangkan pertandingan ini di sertai oleh anak-anak bangsa chinese, yang tak kurang hebatnya.. kalau tak, mana mungkin boleh dikatakan kesemua dari peserta chinese, dapat hadiah..

Alhamdulillah.. along telah mengharumkan nama Yayasan Islam Terengganu dengan kejayaan ini.. moga lebih ini akan lebih berjaya.. InsyaAllah...