T�tulo do Seu blog aqui

Thursday, March 25, 2010

Ummi redha..

Harini along dapat keputusan peperiksaan OTI 1 nya. Selepas beberapa hari ummi tak lalu nak makan kerana risaukan keputusan along, hari ni bertambah lagi takde selera nak makan. Ini gara - gara keputusan along yang tidak menepati dengan jangkaan ummi.

Keputusan yang telah along perolehi :

BM 1 - 100
BM 2 - 95
BI - 96
MATH - 94
PAI - 98
SC - 100
JAWI - 98

Kedudukan dalam kelas : 2/31

Sebenarnya cita - cita ummi agak tinggi. Ummi mengharapkan along akan mendapat tempat pertama bukan sahaja di dalam kelasnya, malah seluruh kelas.

Memang pada mulanya ummi agak kecewa dengan apa yang along dapat, tetapi apabila memikirkan semula, bahawasanya segalanya datang dari Allah, dan Allah telah menetapkan setakat itu pencapaian along, maka ummi redha dengan segalanya.

Kekadang ummi sendiri pun memerlukan semangat dan pendorong dalam menghadapi situasi - situasi sebegini. Biasanya ummi akan mendapat penawar apabila membuka dan membaca butir - butir ilmu dari blog ummuhusna (wife ust zaharudin ni)

Apabila membaca blog kak as ni, jiwa ummi akan lebih tenteram kerana banyak nasihat dan panduan yang kak as telah kongsikan dengan semua. Ummi selalu teringin menjadi sebaik kak as, tetapi masih banyak kekurangan dalam diri ini. InsyaAllah ummi cuba untuk menjadi yang terbaik dan ummi juga akan cuba untuk menjadi ibu yang baik untuk anak - anak.. moga Allah permudahkan usaha ummi dan ummi juga akan berjaya.. InsyaAllah..

Mendapat inspirasi dari blog kak as, maka ummi telah membuat satu kad untuk along sayang ummi.. moga semangat dia akan pulih semula. Ummi ada buat silap dengan along kerana telah membanding - banding kan along dengan mok dek. Tetapi, pada hakikatnya markah mok dek dan along hanya berbeza 1 markah sahaja. Tetapi, luck mok dek kerana sekolah lain dengan along dan mok dek telah mendapat tempat pertama.

Ummi percaya along akan mendapat yang lebih baik selepas ini. InsyaAllah. Ummi doakan yang terbaik buat anak ummi.. Amin..


Gambar : Harap along suka dengan 'HATI' yang ummi buatkan ini.. :)

Tuesday, January 19, 2010

Bermula nya along sebagai pelajar sekolah rendah @ Sekolah Rendah Sultan Ismail

Minggu ni, kira - kiranya dah masuk minggu ke 3 along ke sekolah. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Tak susah untuk bangun pagi dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.

"Ummi.. bila along masuk darjah 1 nanti.. along nak sembahyang penuh dah la.. x mboh tinggal dah la sembahyang.. nanti Allah marah kan ummi?.."ujar nya suatu ketika dulu. Sebelum mencecah umur 7 tahun. Ummi masih ingat lagi janji nya itu.

Dan, Alhamdulillah.. kerana apa yang di katakan nya itu, di kotakan nya. Setakat ini, apabila lepas mandi dan memakai pakaian sekolah, dia dengan sendiri nya akan menunaikan sembahyang. Jika sempat, berjemaah dengan ummi atau pun abah.

Suasana pagi kekadang gamat jika terlewat bangun. Waktu pagi adalah waktu yang sangat genting. Kerana bagi abah, walaupun 5 minit terlewat, akan menyebabkan abah lambat sampai ke pejabat. Waktu pagi, along akan di hantar kan oleh abah dan waktu balik, ummi mengambil alih tugas tu.

Setakat ini, along adalah antara pelajar terawal yang sampai ke kelas nya. Kebiasaannya, abah akan menghantarnya sampai ke kelas. Bimbang dengan keselamatan dirinya. Along ni agak berbeza dengan mok dek yang sedikit independent berbanding along. Along ni lebih kepada berlemah lembut dan kekadang agak slow.. ( marah dia kalau kata dia slow..)

Hari pertama ke sekolah. Abah ambil cuti. Ummi sekadar menemani along semasa masuk ke kelas. Kami ingatkan ada taklimat untuk ibubapa. Rupanya takde apa2 taklimat pun.. jadi, pagi tu kami tinggalkan along dengan kawan - kawan baru nya kat kelas.
Riak muka dia, macam ni jela.. senyum je.. tidak ada apa yang nak dirisaukan kerana dia dah bersedia untuk menjadi pelajar sekolah.. Syukur.. mujur la kalau gitu.. Moga Along dapat belajar dengan baik..

Gambar atas dan bawah : Hari pertama along di SK Sultan Ismail. Kelas Hakim.
Duduk bersebelahan dengan wan.


Hari kedua, ummi sengaja awal ke sekolah. Sengaja nak pergi mengintai apa yang di lakukan oleh along di kelasnya. Ummi tinjau dari jauh je.. nampak semua pelajar lain sedang beratur di depan kelas untuk bersalam dengan guru yang mengajar sebelum keluar kelas.

Intai - intai, tak nampak pun along di kalangan mereka yang beratur. Rupa - rupanya dia tengah mengangkat kerusi ke atas meja. Ditemani kawannya, wan. Isy.. risau tengok dia.. along adalah paling akhir bersiap. Kalau ummi cakap dia slow, marah dia.. takpela.. sabar ummi menunggu.

Hari kedua along di kelas nya. Di tangan, terdapat botol air yang tak sempat
nak dimasukkan ke dalam poket beg dan disebelah tangan lagi, serkup nya yang
dia sendiri pun tak perasan dah nak jatuh.. :)

Hari ketiga dan seterusnya, sehingga ke hari ini, along dah semakin berdikari. Dapat kenal kawan dan makan bersama - sama mereka. Biasanya makanan yang ummi bekalkan pada along, akan di makan bersama - sama dengan rakan - rakan baiknya. Antaranya, wan, najah dan anis.

Syukur.. mujur mendapat kawan yang baik dan saling tolong menolong.. Doa ummi setiap hari dan setiap ketika moga along akan sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang along ceburi dan akan berjaya dunia akhirat.. Amin..

Hari ketiga. Membawa botol air yang baru.

Bergambar dengan kawan. Wan, Najah dan along.

Selepas along masuk sekolah ni, jadual ummi dah berubah.
Pagi, hantar adik ke taska dan terus masuk ke pejabat. Lebih kurang pukul 12.40, ummi akan keluar menuju ke sekolah along untuk mengambil along di sekolah dan tempatkan along di transit. Alhamdulillah along dapat tinggal satu tempat dengan adik. Jadi tidak perlu ummi berulang alik ke sana sini untuk mengambil along dan adik memandangkan dua dua disatu tempat saje.

Begitulah rutin ummi setiap hari. Setiap hari jadual sekolah along akan berakhir pada pukul 12.45 tengahari. Cuma, hari ahad sahaja yang berbeza masa, iaitu berakhir pada pukul 1.15petang.

Pada pukul 3 petang pada hari isnin dan khamis pula, ummi akan minta kebenaran sekali lagi untuk keluar untuk mengambil along dari transit untuk menghadiri tuition class. Alhamdulillah, setakat ini, along dapat mengikuti segala jadual yang telah ummi aturkan buatnya.

Kata - kata ibu, adalah doa..
Dari itu, ummi sentiasa berpesan padanya..
"along belajar betul betul ye.. dengar elok elok apa yang cikgu cakap, dengar baik - baik.. dan ikut apa yang cikgu suruh. InsyaAllah along dapat belajar dengan baik.. InsyaAllah.. "
sambil mengusap kepala nya, ummi akan sentiasa membaca doa yang Nabi bacakan kepada Ibnu Abbas.. iaitu . (للهم فقهه فى الد ين و علمه التأويل.“Ya Allah berilah kefaqihan kepadanya dan berilah kealiman dalam ta’wil (tafsir alquran)”(HR. Bukhari dan Muslim : 2477).

InsyaAllah suatu hari nanti, along akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Moga berjaya dalam hidup dan berjaya menjadi seorang hafizah. Itu impian ummi dan abah.. InsyaAllah di permudah kan Allah.. Amin..
Amin Ya Rabbal Alamin..