T�tulo do Seu blog aqui

Sunday, November 23, 2008

Swimming lesson

Start from this week, alia akan belajar how to swimming. ummi dah booking untuk along for this school holiday. hopefully, habis holiday ni, along dah boleh swimming dan mahir dalam menggunakan teknik - teknik yang di ajarkan oleh teacher Steven..

Setakat ni, along baru boleh mengaplikasi cara breathing dalam air.. bahagian nak floating tu, masih kurang mahir.. takpela, slow2..

yang join sekali dengan along untul lesson ni adalah anak uncle afzan, auntie liza, uncle izani dan captain. Mostly anak2 diorang dah mahir, dan berani.. alia ni sedikit takut dan masih tak pandai nak guna mind set.. maybe dia dok fikir yang belajar swimming ni menakutkan, tu yang dia macam takut2 je..

Okla, apapun, ummi mendoakan semoga alia akan cepat pandai dan dapat menggunakan kaedah yang dipelajari ini dengan sebaik yang mungkin..

Wednesday, September 17, 2008

Majlis Khatam Quran Along

Sasar 100% pelajar khatam Quran 2010


SEBAHAGIAN daripada 2,660 kanak-kanak prasekolah membacakan ayat-ayat al-Quran pada majlis khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika peringkat Negeri Terengganu 2008 sempena Hari Nuzul al-Quran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


PULAU PINANG 17 Sept. - Kementerian Pelajaran menyasarkan sejuta pelajar yang menyertai program jawi, al- Quran dan fardu ain (j-Qaf) ketika ini mampu menguasai al-Quran menjelang 2010.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kemajuan yang dikecapi sejak pelaksanaan projek perintis itu pada 2005.

Beliau berkata, selepas kejayaan projek perintis, pihaknya telah memperluaskan program itu secara berfasa sementara jumlah sekolah yang menawarkan j-Qaf bertambah kepada 4,175 sekolah dengan 14,058 pelajarnya telah khatam al-Quran.

"Dijangkakan pada tahun depan, lebih 75 peratus pelajar yang terlibat dalam program itu mampu khatam al-Quran dengan baik.

"Ini adalah langkah untuk memperkasakan pendidikan sedia ada dan dijangka program ini dapat diperluaskan ke peringkat sekolah menengah suatu hari nanti," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Khatam al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ketiga di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di sini semalam.

Menurutnya, setakat ini jumlah guru yang terlibat dengan program j-Qaf telah meningkat daripada 3,567 guru pada 2005 kepada 13,470 guru, tahun ini.

Katanya, penambahan bilangan guru itu dilakukan bagi mencapai matlamat supaya lebih ramai generasi muda celik al-Quran terutama pelajar peringkat rendah.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan cukup besar untuk program itu iaitu RM15.1 juta tahun ini dan RM18 juta tahun depan.

"Peruntukan itu hanya untuk kem Bestari Solat, pembelian al-Quran dan buku Iqra manakala untuk pembangunan makmal dan kelas j-Qaf, kita memperuntukkan RM146.2 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk diagih kepada 936 sekolah di seluruh negara," katanya.

Sementara itu katanya, sehingga kini sebanyak 154 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negara telah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Katanya, 23 SAR di Kedah dan Wilayah Persekutuan pula masih di peringkat perbincangan untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kementerian bagi tujuan sama.

"Kita percaya ibu bapa mula yakin terhadap sistem dan kualiti persekolahan dan pembelajaran yang ditawarkan oleh SABK hasil bantuan dan program yang dilaksanakan oleh kementerian,"

Wednesday, January 09, 2008

Wednesday, January 02, 2008

First day at preschool ~ Tadika Yayasan Islam Terengganu Kemaman

Maintain.. :D
Along memang good girl la.. still maintain. Tak nangis dan takde pun nak menangis or merengek. 

Mok dek pun, walaupun pada mulanya menangis tak nak ke sekolah, terus bersemangat nak ke sekolah bila nampak along yang siap sedia dengan pakaian sekolah dan kasut baru. 

Memandangkan abah ambil half day arini, so abah dapat membantu ummi hantar anak - anak ke sekolah dan settle yang mana patut.

Gambar ni semasa along berada dalam kelas iaitu Kelas Bunga Raya. Kelas ni adalah kelas baru, dan semua nya masih baru dan tak sempat nak pasang white board lagi pun.. tapi, yang pasti along seronok coz dapat kerusi dan meja yellow katanya.. cantik. so, ok la .. ummi dan abah sentiasa mendoakan kejayaan along.. Amin.