T�tulo do Seu blog aqui

Thursday, October 29, 2009

Pelajar Cemerlang, Moga Cemerlang Dunia Akhirat

[ Selesai sudah perjuangan along sebagai kanak - kanak tadika]

[ Doa yang tak pernah putus dari ummi buat Along, semoga menjadi anak yang solehah, patuh dengan ajaranNya dan seterusnya kan berjaya dunia dan akhirat. ]

Alhamdulillah, hari ini along telah melakarkan satu lagi sejarah dalam diari hidup along sebagai seorang pelajar tadika. Along adalah antara pelajar yang di anugerahkan sebagai pelajar cemerlang pada tahun ini. Anugerah ini di sampaikan sempena Majlis Konvokesyen Kanak - Kanak Tadika yang di adakan di dewan Berlian, MPK Kemaman.

[ Bergambar bersama basikal yang diperolehi ]

Ummi telah mengambil cuti pada hari ini memandangkan abah tidak dapat bersama sama dengan along di majlis tersebut. Ummi berbangga dan gembira dengan kejayaan along. Seronok melihat kejayaan anak yang telah kami didik ini, sudah pun mencapai satu tahap yang boleh di banggakan.

Menyedari perjalanan hidup along masih lagi jauh, dengan itu kami amat menekan kan
kepentingan ilmu dalam diri along. Terutamanya ilmu agama. Cabaran hidup pada masa sekarang lebih mencabar berbanding dahulu. Jika tidak di bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya, dikhuatiri akan di landa dengan pelbagai masalah dan konflik diri. Nauzubillah..


Ya Allah, semoga zuriat kami ini akan membesar bersama dengan roh Hidayah Mu.. dan akan terhindar dari segala bala dan bencana yang tidak kami ingini..Semoga membesarnya, adalah sebagai pejuang agama Mu dan redha Mu yang menjadi matlamat..

Amin Ya Allah.. Amin Ya Rahman.. Amin Ya Rahim..

Semoga ini adalah hadiah yang terindah untuk ummi, sempena hari lahir ummi esok.. :)
Sayang Along...

Monday, October 19, 2009

Sesekali masuk paper..

Ini adalah antara gambar yang telah di snap oleh jurukamera suratkhabar terkemuka di malaysia ni. Ummi rakamkan di sini sebagai kenangan untuk along di masa hadapan.

Ummi sangat berbangga dengan along kerana di kalangan ramai - ramai mereka yang berjaya hafaz Surah Yassin dan terjemahan nya tu, along adalah salah seorang nya..

ummi doakan semoga apa yang along hafaz ini akan di ingat sehingga bila - bila.. InsyaAllah.. Moga along akan menjadi seorang hafizah suatu hari nanti.. Amin..










Utusan Online : Picture Slideshow
Kedudukan Along : Barisan ketiga, sedang memandang ke arah kamera.



















Berita Harian. Ahad 18 Oktober 2009.
Kedudukan : Sebelah kanan, barisan ketiga. Gambar ni, kurang jelas kerana along tunduk. Sebelah Along, adalah Qayyum.
























Kawan - kawan along.

Berita Harian Online

Terengganu perkenal I-Iqraq pelajari al-Quran


KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi mendahului dalam bidang pendidikan apabila memperkenalkan kaedah pembelajaran al-Quran secara elektronik dengan menggunakan I-Iqraq untuk pelajar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata alat elektronik yang menyamai komputer riba itu mengandungi 30 juzuk Al-Quran di samping surah lazim untuk memudahkan kanak-kanak mahupun orang dewasa mempelajari tajwid dan hukum secara tepat.

"Sebagai permulaan, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah memperkenalkan I-Iqraq ini kepada murid-murid kelas bimbingan, kanak-kanak (Tadika) YIT di negeri itu sejak tiga bulan lalu.

"Setiap kelas dibekalkan dengan seunit alat ini dan melalui kaedah itu pembelajaran al-Quran akan lebih mudah untuk dipelajari kerana ia turut dilengkapi suara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran kanak-kanak Tadika peringkat negeri Terengganu 2009, di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Seramai 4,622 kanak-kanak Tadika berusia lima dan enam tahun yang berjaya khatam Al-Quran tahun ini diraikan pada majlis itu.

Ini adalah tahun keempat YIT menganjurkan majlis sedemikian dan jumlah kanak-kanak yang berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding 2,066 pada tahun lalu.

Ahmad berkata, I-Iqraq akan dijual kepada orang ramai tidak lama lagi menerusi syarikat yang dilantik kerajaan negeri dengan harga RM1,988 seunit dan akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang. - Bernama

Utusan Malaysia Online - Timur

Terengganu perkenalkan I-Iqra' mudah baca al-Quran


SEBAHAGIAN daripada 4,622 murid tadika membaca ayat suci al-Quran pada Majlis Khatam al-Quran Kanak-Kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Negeri ini boleh berbangga apabila satu lagi teknologi baru, I-Iqraq diperkenalkan bagi memudahkan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat.

I-Iqra' merupakan buku elektronik yang dilengkapi 30 juzuk al-Quran di samping menggunakan teknologi skrin sesentuh selain berupaya mengeluarkan suara bagi memudahkan pengguna mendengar setiap bacaan dialunkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, teknologi I-Iqra' telah berada di pasaran sejak tiga bulan yang lalu dan ia disambut baik oleh pengguna.

Katanya, melalui teknologi tersebut negeri ini menambah satu lagi usaha dalam menjadikan masyarakat di negeri tersebut celik al-Quran.

"Selepas kejayaan kita menyediakan kemudahan e-Book untuk pembelajaran di sekolah rendah, kini I-Iqra' diperkenal kepada masyarakat agar mereka mahir membaca al-Quran terutama kepada generasi muda.

"Justeru, saya berharap masyarakat dapat mengambil peluang memanfaatkan kemudahan yang telah diperkenalkan ini agar didikan awal al-Quran dapat diterapkan dalam jiwa mereka selain hal-hal duniawi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di Gong Badak di sini hari ini.

Seramai 4,622 pelajar tadika di seluruh negeri menyertai program tersebut yang menggabungkan pelajar tadika empat jabatan iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran negeri serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sementara itu, Pengarah YIT, Mohd. Zulkifli Abu Bakar berkata, I-Iqra' merupakan projek bersama dengan 4-Tech Global dan setakat ini pihaknya mengeluarkan 342 unit I-Iqra' untuk digunakan di 17 tadika di bawah yayasan itu.

Menurutnya, ibu bapa yang berminat mendapatkan kemudahan I-Iqra' boleh mendapatkannya di YIT dengan harga RM1,988 seunit.

"I-Iqra' sebuah buku elektronik yang praktikal dan mudah di bawa ke mana-mana saja selain memberi kemudahan kepada pengguna belajar membaca al-Quran dengan betul," jelasnya.

Yayasan Islam Terengganu

MAJLIS KHATAM PROGRAM PINTAR AL-QURAN KANAK-KANAK TADIKA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2009

Sample Image
Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009 akan diadakan pada 17 Oktober ini bertempat Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan akan dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu.Program pintar Al-Quran anjuran Negeri Terengganu pada tahun ini berjaya melahirkan 4622 kanak-kanak tadika dalam mengkhatam Al-Quran.Kanak-kanak ini terdiri daripada Tadika Yayasan Islam Terengganu dengan seramai 1488 orang,Jabatan Pendidkan Negeri Terengganu seramai 1637 orang,KEMAS seramai 1377 orang,Tadika PERPADUAN seramai 120 orang.