T�tulo do Seu blog aqui

Thursday, October 29, 2009

Pelajar Cemerlang, Moga Cemerlang Dunia Akhirat

[ Selesai sudah perjuangan along sebagai kanak - kanak tadika]

[ Doa yang tak pernah putus dari ummi buat Along, semoga menjadi anak yang solehah, patuh dengan ajaranNya dan seterusnya kan berjaya dunia dan akhirat. ]

Alhamdulillah, hari ini along telah melakarkan satu lagi sejarah dalam diari hidup along sebagai seorang pelajar tadika. Along adalah antara pelajar yang di anugerahkan sebagai pelajar cemerlang pada tahun ini. Anugerah ini di sampaikan sempena Majlis Konvokesyen Kanak - Kanak Tadika yang di adakan di dewan Berlian, MPK Kemaman.

[ Bergambar bersama basikal yang diperolehi ]

Ummi telah mengambil cuti pada hari ini memandangkan abah tidak dapat bersama sama dengan along di majlis tersebut. Ummi berbangga dan gembira dengan kejayaan along. Seronok melihat kejayaan anak yang telah kami didik ini, sudah pun mencapai satu tahap yang boleh di banggakan.

Menyedari perjalanan hidup along masih lagi jauh, dengan itu kami amat menekan kan
kepentingan ilmu dalam diri along. Terutamanya ilmu agama. Cabaran hidup pada masa sekarang lebih mencabar berbanding dahulu. Jika tidak di bekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya, dikhuatiri akan di landa dengan pelbagai masalah dan konflik diri. Nauzubillah..


Ya Allah, semoga zuriat kami ini akan membesar bersama dengan roh Hidayah Mu.. dan akan terhindar dari segala bala dan bencana yang tidak kami ingini..Semoga membesarnya, adalah sebagai pejuang agama Mu dan redha Mu yang menjadi matlamat..

Amin Ya Allah.. Amin Ya Rahman.. Amin Ya Rahim..

Semoga ini adalah hadiah yang terindah untuk ummi, sempena hari lahir ummi esok.. :)
Sayang Along...

Monday, October 19, 2009

Sesekali masuk paper..

Ini adalah antara gambar yang telah di snap oleh jurukamera suratkhabar terkemuka di malaysia ni. Ummi rakamkan di sini sebagai kenangan untuk along di masa hadapan.

Ummi sangat berbangga dengan along kerana di kalangan ramai - ramai mereka yang berjaya hafaz Surah Yassin dan terjemahan nya tu, along adalah salah seorang nya..

ummi doakan semoga apa yang along hafaz ini akan di ingat sehingga bila - bila.. InsyaAllah.. Moga along akan menjadi seorang hafizah suatu hari nanti.. Amin..










Utusan Online : Picture Slideshow
Kedudukan Along : Barisan ketiga, sedang memandang ke arah kamera.



















Berita Harian. Ahad 18 Oktober 2009.
Kedudukan : Sebelah kanan, barisan ketiga. Gambar ni, kurang jelas kerana along tunduk. Sebelah Along, adalah Qayyum.
























Kawan - kawan along.

Berita Harian Online

Terengganu perkenal I-Iqraq pelajari al-Quran


KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi mendahului dalam bidang pendidikan apabila memperkenalkan kaedah pembelajaran al-Quran secara elektronik dengan menggunakan I-Iqraq untuk pelajar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata alat elektronik yang menyamai komputer riba itu mengandungi 30 juzuk Al-Quran di samping surah lazim untuk memudahkan kanak-kanak mahupun orang dewasa mempelajari tajwid dan hukum secara tepat.

"Sebagai permulaan, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah memperkenalkan I-Iqraq ini kepada murid-murid kelas bimbingan, kanak-kanak (Tadika) YIT di negeri itu sejak tiga bulan lalu.

"Setiap kelas dibekalkan dengan seunit alat ini dan melalui kaedah itu pembelajaran al-Quran akan lebih mudah untuk dipelajari kerana ia turut dilengkapi suara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran kanak-kanak Tadika peringkat negeri Terengganu 2009, di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Seramai 4,622 kanak-kanak Tadika berusia lima dan enam tahun yang berjaya khatam Al-Quran tahun ini diraikan pada majlis itu.

Ini adalah tahun keempat YIT menganjurkan majlis sedemikian dan jumlah kanak-kanak yang berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding 2,066 pada tahun lalu.

Ahmad berkata, I-Iqraq akan dijual kepada orang ramai tidak lama lagi menerusi syarikat yang dilantik kerajaan negeri dengan harga RM1,988 seunit dan akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang. - Bernama

Utusan Malaysia Online - Timur

Terengganu perkenalkan I-Iqra' mudah baca al-Quran


SEBAHAGIAN daripada 4,622 murid tadika membaca ayat suci al-Quran pada Majlis Khatam al-Quran Kanak-Kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Negeri ini boleh berbangga apabila satu lagi teknologi baru, I-Iqraq diperkenalkan bagi memudahkan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat.

I-Iqra' merupakan buku elektronik yang dilengkapi 30 juzuk al-Quran di samping menggunakan teknologi skrin sesentuh selain berupaya mengeluarkan suara bagi memudahkan pengguna mendengar setiap bacaan dialunkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, teknologi I-Iqra' telah berada di pasaran sejak tiga bulan yang lalu dan ia disambut baik oleh pengguna.

Katanya, melalui teknologi tersebut negeri ini menambah satu lagi usaha dalam menjadikan masyarakat di negeri tersebut celik al-Quran.

"Selepas kejayaan kita menyediakan kemudahan e-Book untuk pembelajaran di sekolah rendah, kini I-Iqra' diperkenal kepada masyarakat agar mereka mahir membaca al-Quran terutama kepada generasi muda.

"Justeru, saya berharap masyarakat dapat mengambil peluang memanfaatkan kemudahan yang telah diperkenalkan ini agar didikan awal al-Quran dapat diterapkan dalam jiwa mereka selain hal-hal duniawi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di Gong Badak di sini hari ini.

Seramai 4,622 pelajar tadika di seluruh negeri menyertai program tersebut yang menggabungkan pelajar tadika empat jabatan iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran negeri serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sementara itu, Pengarah YIT, Mohd. Zulkifli Abu Bakar berkata, I-Iqra' merupakan projek bersama dengan 4-Tech Global dan setakat ini pihaknya mengeluarkan 342 unit I-Iqra' untuk digunakan di 17 tadika di bawah yayasan itu.

Menurutnya, ibu bapa yang berminat mendapatkan kemudahan I-Iqra' boleh mendapatkannya di YIT dengan harga RM1,988 seunit.

"I-Iqra' sebuah buku elektronik yang praktikal dan mudah di bawa ke mana-mana saja selain memberi kemudahan kepada pengguna belajar membaca al-Quran dengan betul," jelasnya.

Yayasan Islam Terengganu

MAJLIS KHATAM PROGRAM PINTAR AL-QURAN KANAK-KANAK TADIKA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2009

Sample Image
Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009 akan diadakan pada 17 Oktober ini bertempat Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan akan dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu.Program pintar Al-Quran anjuran Negeri Terengganu pada tahun ini berjaya melahirkan 4622 kanak-kanak tadika dalam mengkhatam Al-Quran.Kanak-kanak ini terdiri daripada Tadika Yayasan Islam Terengganu dengan seramai 1488 orang,Jabatan Pendidkan Negeri Terengganu seramai 1637 orang,KEMAS seramai 1377 orang,Tadika PERPADUAN seramai 120 orang.

Saturday, August 01, 2009

Bukan Along tak pandai, tetapi perlu belajar dari kekalahan..

Kejayaan anak - anak merupakan suatu token kepada ibubapa yang telah mendidik mereka. Tak ada ibubaoa yang ingin melihat anak anak mereka gagal. Kebanyakan dari ibubapa akan menagih kepada kejayaan anak - anak mereka, tak kira la sewaktu mereka kecil, apatah lagi semasa mereka dewasa..Kehidupan ummi dahulu, yang serba susah, menyebabkan kami adik beradik telah dididik untuk mencari ilmu sehingga ke menara gading bagi membolehkan kami mengubah nasib kami yang serba kekurangan itu. Keadaan ini lebih menagih kepada usaha kami pabila saat arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga..Jika di imbas kembali, saat itu amat perit buat mek kerana terpaksa memikul bebanan bersendirian.. menyekolahkan kami adik beradik. Kak (mama chik) yang tika itu, masih di tingkatan enam, kak nah juga baru di sekolah menengah.. ummi dan adik ah (ngah) masih di sekolah rendah.. dan sue baru sahaja mencecah umur 7 tahun..Jika nak di bayangkan, bagaimanalah nasib kami ketika itu.. dengan ketiadaan harta nya kami.. dengan susah nya hidup kami.. dengan payahnya sesuap nasi itu untuk diperolehi.. menyebabkan ILMU itu di suruh dan di tagih oleh mek untuk di kejar oleh kami 5 beradik perempuan ini.. Tiada siapa menyangka, sesungguhnya rezeki itu bukan datang dari kita, manusia .. tetapi, datang nya dari Allah Yang Maha Kuasa..Jika di bayangkan, mek terpaksa membanting tulang ke sawah padi bagi mendapat kan sesuap nasi dan mencari belanja untuk persekolahan kami.. dan, kekadang di masa cuti sekolah kami.. sawah padi itu la kami bersama - sama bergelumang dengan selut, pacat dan lintah..Tetapi, kepayahan.. kesusahan itula yang telah membawa kejayaan untuk kami sehingga ke hari ini..Kami sentiasa membayangkan, sekiranya arwah ayah masih hidup tika ini.. betapa gembiranya dia melihat kejayaan anak2 nya.. Kak (UM) dan kak nah (USM).. sebagai pendidik bangsa, ummi(USM).. dapat bekerja di syarikat perkapalan, Ngah(UIA).. sebagai lawyer.. dan sue(UTM) yang dapat bekerja di Usains..Alhamdulillah.. kami bersyukur di atas segala nikmatNya..
--------------------------------
Setelah ummi bergelar sebagai ibu, kekadang terasa ummi terlalu memaksa diri untuk melihat kejayaan anak - anak sehinggakan terlupa bahawa rezeki dan takdir itu datang dari Allah.. bukannya dari kita semata - mata..Along telah memasuki pertandingan mewarna khamis lepas.. dan, kali ini hadiah yang di tawarkan.. sangat menarik perhatian ummi dan semua ibubapa yang membawa anak - anak mereka.Mungkin kerana ummi terlalu yakin dengan kejayaan along, menyebabkan ummi terasa kecewa kerana along tidak berjaya kali ini.. Ya Allah,.. betapa tak sempurna nya diri ini.. kenapa perlu kecewa dengan takdir yang telah Engkau tetapkan?.. Ya ALlah.. ampunkan lah diri ini, di atas kelalaian diri ini.."ummi.. along kaler tak lawa ke ummi?..""takde.. along kaler memang lawa,.. cuma, kali ini along akan dapat belajar sesuatu.. iatu kekalahan..""tak semua yang kita hajatkan, akan menjadi kenyataan dan tak semua yang kita nak, akan dapat.. kita perlu terima dengan redha apa yang telah Allah tetapkan.. Moga Allah kurniakan lebih lagi kepada kita.. InsyaAllah kita akan menjadi umat yang lebih bertuah..." InsyaAllah...wallahua'lam..Ummi - 01 August 2009
Ada satu part bahagian atas yang tak sempat along kaler.. tu sebab along memang tak di qualified untuk menjadi pemenang..Lain kali, jangan banyak sembang dengan kawan ye.. masa singkat je.. so, u must do it fast.. :)"Ummi.. lain kali, along buat dengan cepat ye.. sori ummi..""ok.. takpe la.. ingat tu lain kali,.. kalau kita nak sesuatu.. kita kena usaha dan tawakkal..barulah kejayaan itu akan tiba.."

Tuesday, July 14, 2009

Cippotaminggo

Sehari - hari, kita di sibukkan dengan bebenan kerja, rumahtangga dan pelbagai masalah dunia.. sehinggakan, kita dah tak sedar dengan berlalunya masa, maka usia kita semakin meningkat dan anak2 juga bertambah matang dan membesar..

Seperti ummi, selalu terlupa; Alia telah pun besar dan kekadang lebih banyak yang dia tahu berbanding ummi.. kerana di sebabkan sikap suka bertanya nya..
Kekadang ummi yang terpaksa melayan pertanyaan nya, kelu; berfikir; apakah yang perlu di perkatakan supaya setiap pertanyaan nya itu di jawab dengan penjelasan.. bukan nya membuatkan dia semakin tidak faham.. ada juga kekadang jawapan ummi yang lebih menjurus kepada 'melarikan diri'.. kerana tak pandai menghuraikan pertanyaan nya yang agak rumit.. :)
Biasanya.. abah lah tempat rujukan ummi .. "ok.. nanti kita tanya abah ye.." dan, pastinya soalan itu akan di simpan untuk di tanyakan kepada abah nya kelak.. begitu la alia.. dan, sekarang dah pun mencecah umur enam tahun.. terasa cepatnya masa berlalu..

Sebagai perkongsian dengan semua, ummi bawakan beberapa tips yang kami gunakan untuk mendidik anak - anak..

Seperti sesetengah sahabat yang tak bekerja, banyak masa yang dia dapat spend bersama anak2.. tapi, macam ummi dan ramai lagi sahabat yang bekerja, so tak banyak masa bersama anak2 ni, terutamanya masa untuk mendidik mereka.

Ini antara cara yang ummi guna semenjak alia kecil dan di praktikkan sehingga muadz sekarang.

1. Semasa mula naik kereta, otw nak pergi hantar mereka ke sekolah.. ajarkan dan bacakan doa bersama2 mereka.. doa penerang hati, alfatihah, dan ayat kursi. Kekadang, tak sempat habis pun ayat kursi, coz dah sampai ke sekolah..

2. Otw kami ke sekolah diorang tu, akan melalui kawasan perkuburan yang sangat panjang.. so, masa tu ummi ajarkan mereka memberikan salam kepada orang yang telah meninggal dan sedekah kan mereka alfatihah.. (alia start bertanya kan pasal hidup mati ni semenjak dia berumur 4-5 tahun lagi.. di mana kita hidup selepas mati, dosa pahala dan semua yang berkaitan dengan alam ghaib).. sekarang ni, muadz pun dah pandai bacakan doa ni semasa melalui perkuburan, Cuma dia tak tahu lagi kenapa perlu baca semua tu..
Alhamdulillah la.. coz kalau nak kire, beberapa kali jugak la kami melalui perkuburan ni, berulang alik .. so setiap kali melalui nya, alia akan berhenti bercakap dan akan terus membacakan doa ini.. Cuma, muadz yang selalu ngelak.. antara sebab ummi mintak dia baca kerana, untuk “disedekah kan pada arwah ayah ummi.. “.. so, dia selalu la baca supaya dia dapat sedekah kan kepada arwah atuk nya yang tak pernah dia dapat jumpa..

3. Setiap kali hantar mereka ke sekolah, peluk dan cium diorang.. cakap kan perkataan yang elok2 kepada mereka.. “along budak baik kan.. nanti belajar elok2.. dengar apa yang cikgu cakap yee.. dan ect2..” sama jugak la dengan muadz.. dan, dalam masa yang sama.. sapukan kepala mereka, dan sambil membaca doa ini.. (للهم فقهه فى الد ين و علمه التأويل.“Ya Allah berilah kefaqihan kepadanya dan berilah kealiman dalam ta’wil (tafsir alquran)”(HR. Bukhari dan Muslim : 2477).


4. Marahkan mereka kalau betul mereka silap, tapi cuba pujuk balik dan bagitau kenapa kita marah dengan tindakan mereka.. dan, yang kami sentiasa praktik kan adalah masing2 perlu mintak maaf jika buat silap.. tak kira la samada kami (parents) atau anak2 yang buat silap.. kalau along buat silap dengan ummi.. so, kejap lagi dia akan datang minta maaf la.. coz along dah faham yang dia buat silap.. (dia dah tahu bezakan yang dia buat silap atau tak).. so, masa tu la.. ummi akan accept maaf dia, dan pujuk dia.. ceritakan kenapa ummi marah padanya.. setakat ni, along boleh datang minta maaf dengan kami bila buat silap, Cuma muadz je yang terpaksa bagitau dlu utk pergi minta maaf, barula dia akan buat.. coz dia still tak faham lagi.. tapi, macam alia dlu pun, kami ajarkan semua ni masa dia start boleh cakap jugak..so, sekrang ni dia dah tahu.. jika buat silap, macamana dia tak puas hati pun, dia terpaksa datang minta maaf..

Itu adalah antara cara yang kami gunakan untuk mendidik anak2.. mungkin di luar sana; masih banyak lagi cara dan kaedah yang di gunakan oleh kawan2 supaya anak2 akan lebih pandai dan yang paling penting; menjadi Muslim Sejati.. InsyaAllah..

-----------------------------
"Ummi, kenapa pok tok suka sangat jilat jari".. tetiba je alia bertanya kan soalan itu kepada ummi sewaktu dalam perjalanan ke kelas tuition nye kelmarin..

"Jilat jari macamane?.." ummi terasa pelik dengan soalan dia yang sebegitu.. betul ke pok jilat jari? bile?..tak pernah perasan pun..

"Bile pok tok jilat jari?...oo masa pok tok makan nasik ke?".. ummi berkira2.. itu la soalan yang dia nak kan jawapan kot.. telahan ummi..

"tak.. kenapa pok tok selalu jilat jari masa pok tok nak baca surat khabar?.."

ummi rasa nak tergelak pun ada.. oo.. itu rupanya.. ummi sendiri pun, sebenarnya tak pernah perasan pun dengan kelakuan pok tok tu.. tapi, alia ni memang dia tak boleh orang gelak dengan pertanyaan nya.. sat lagi.. dia akan merajuk kerana kita tak memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang dia nak tahu.. so, ummi pun explain la kat dia..

"oo.. tu sebab pok tok nak suruh senang nak belek surat khabar tu.. kan, kalau jari kita basah.. lagi mudah untuk kita belek paper tu.."

"jadi, kalau kita nak baca surat khabar, kena jilat jari dulu la baru boleh baca?.."
isy.. silap faham la pulak..

"bukan,.. maksud ummi.. kalau kita jilat jari, maka jari kita akan jadi basah.. dan lebih senang kertas tu kita nak selak ke muka surat ke seterusnya.. "

"oo.. macam tu.." jawabnya..
ahh lega.. coz nampak macam dia faham dengan apa yang ummi terangkan..

"ummi.. kalau along nak buka plastik biskut ni, nak kena jilat jari jugak ke, baru kita senang nak buka?.."
alia.. alia..
macam tu karenah anak2.. ada saje pertanyaan nya selagi dia tak puas hati dan tak betul faham dengan pertanyaan nya.. sebab itu penting bagi kita; ibubapa; menjawab pertanyaan mereka dengan sebaik mungkin supaya mereka akan dapat ilmu dari kita.. bukan nya jawapan yang salah yang mereka tahu.. kerana ianya akan melekat di fikiran mereka sehingga la mereka besar..

Satu lagi peristiwa yang ummi terasa lucu apabila mengingatinya..
Semasa kami dalam perjalanan pulang dari kuantan minggu lepas, ada sebuah lori yang membawa muatan kayu2 kecik yang mungkin untuk di buat chipboard..

Disebabkan muatan nya itu agak melimpah; dan di khuatiri terjatuh dan terkena kereta kami; maka ada terdengar rungutan dari abah..
"isy.. lori ni.. bahaya sungguh.. takde safety langsung.. "
"kayu2 tu diorang nak bawa mane ye?.." saje ummi mencelah; saje ingin tahu..
"ni kayu2 yang diorang nak buat chipboard kat micco la ni.."
tetiba je.. along mencelah..
"ahhh?? apa abah?? cippotaminggo??"
lepas je dengar pertanyaan along tu..tergelak kami..kesian dia.. silap dengar..
tula.. nak sangat bertanya; tapi tak dengar bebaik apa yang orang cakap.. kang dah lain bunyinya.. :D
Buat along yang ummi kasihi..semoga along akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa bertakwa kepadaNya Yang Esa.. Amin..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu..

Sunday, June 21, 2009

Tahniah buat along

Harini, along telah menempa nama sekali lagi, kerana berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan mewarna peringkat daerah kemaman.

Pertandingan yang di anjurkan oleh A&W dan CIMB ini telah di sertai oleh sebilangan pelajar yang terpilih di sekolah - sekolah tadika yang terdapat di kawasan kemaman ini.

Pertandingan yang berlangsung di Casa Limbong, Yellow Town ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tghri.

Alhamdulillah.. berkat usaha dan doa dari semua, along telah membawa kejayaan kali ini..

Nampak gayanya, along ada potensi untuk masuk ke pertandingan lain pula nanti.. InsyaAllah..


Apapun, cikgu kelas along sangat berbangga dengan kejayaan along ini kerana memandangkan pertandingan ini di sertai oleh anak-anak bangsa chinese, yang tak kurang hebatnya.. kalau tak, mana mungkin boleh dikatakan kesemua dari peserta chinese, dapat hadiah..

Alhamdulillah.. along telah mengharumkan nama Yayasan Islam Terengganu dengan kejayaan ini.. moga lebih ini akan lebih berjaya.. InsyaAllah...

Tuesday, June 02, 2009

Perjalanan yang jauh..

Catatan semasa di dalam bas, pulang dari Kuala Terengganu..
Tarikh : 30 Mei 2009
Jam : 4.30 ptg

-----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.. debaran yang dirasakan selama ini, dah pun berakhir..dan, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ianya berakhir dengan kejayaan. Sungguh pun hanya berjaya mendapat kedua, namun ummi dah merasa puas hati dan bersyukur..

Yelah, harapan bukan hanya tinggal harapan semata - mata.. at least along dapat membawa pulang kejayaan.. Alhamdulillah..


Rasa berbaloi ummi datang hari ni.. menumpang bas yayasan yang di sewa khas oleh Tadika Yayasan Kemaman..


Ikutnya, hari ni pepagi lagi ummi bangun, kejutkan dan siapkan anak - anak.. dan, yang paling mencabar kesabaran ummi adalah menghadapi karenah muadz yang tak dok diam2.. dengan berguling atas lantai nya, menyibuk nak duduk atas kerusi vip la, dengan riuh suaranya la,.. dan klimaks keaktifannya itu, menyebabkan dia termuntah di atas karpet di dalam dewan.. di tengah2 orang ramai tu.. bayang kan lah.. kalut la ummi..dengan nak lap atas karpet lagi, nak cover malu lagi.. isy2.. adik gok.. so, lepas tu.. senyap la sekejap coz penat dari muntah tadi.. sempat la ummi ambil video along yang tengah buat persembahan.. lepas along siap buat persembahan.. tup2 tengok muadz dah ada atas kerusi vip.. alamak.. adik ni.. isy.. buat malu ummi je.. akhirnya, dapat jugak dia nak menumpang atas kerusi yang enak tu.. (bagi nya la kot..)


So, sekarang ni dia tengah lena atas kerusi dalam bas.. haa.. penat sangat la tu.. sebenarnya ummi pun rasa penat jugak.. coz rupanya pasukan along merupakan peserta ketiga terkhir dalam ramai2 yang buat persembahan..

Kesian kat diorang, bayangkan lah.. dari pukul 5 pagi tadi lagi, sampai la 3.30 ptg.. baru boleh buat persembahan... terlalu lama sangat.. no wonder la muadz pun puas meragam.. mintak air la.. coklat la.. hinggakan sempat ummi keluar dari dewan, ke seven eleven, mencari makanan untuk dia..

Sekarang ni, otw balik kemaman.. muadz dah pun nyenyak tido selepas menukar bajunya yang terkena muntah nya tadi.. along masih dalam uniform nya, .. nak tunjuk pada abah.. katanya..

Bile terkenang semula, rasa bersyukur sangat dengan kejayaan along.. dan, kejayaan ini bukan nya datang bergolek.. kalau tak dengan usaha gigih guru mengajar, dan doa semua yang ingin kan mereka berjaya..

Apapun, ummi bersyukur kerana along dah dapat memahami apa yang dikatakan berharap pada Allah.. ummi ada ajarkan along, supaya bile berada di atas pentas.. pohon la pada Allah, moga Allah mempermudahkan segala yang along akan lakukan.. tak kira la.. samada nak buat action ke, nak berjalan ke.. dan, nampak nya along dapat meng aplikasi kan nya..

Lepas je persembahan nya, dia datang kepada ummi dan bertanya.. "macamane ummi?.. ok ke along buat tadi?" .. ohh.. ok. good job.. ummi jawab.. so, dia sambung lagi.. "tula.. sebabnya masa orang lain tengah nak naik pentas (coz along is the first naik).. along baca doa yang ummi ajar.. Rabbisyh.. dan Allahhummaftah.. tu sebab along buleh buat molek tu.. heheh" dengan tersengih dia memberitahu pada ummi .. dengan menampakkan gigi hadapan nya yang tinggal sebatang..

Then, bile keputusan di umumkan, pasukan along mendapat tempat kedua.. cikgu2 along semua pakat bersorak..coz Tadika Cawangan Kemaman meraih empat kejayaan di dalam festival kali ini.. Alhamdulillah... Syukur.. sempat ummi bisikkan pada terlinga along.. "tu la berkat doa along tadi.. walaupun along bukan yang terbaik, tapi along berjaya juga akhirnya.."

Dan, sekarang ummi sangat mengharapkan semoga segala kenangan yang along perolehi akan lebih mendewasakan along, bagi menghadapi masa - masa hadapan nya.. ummi tak nak along tak yakin pada diri sendiri, dan berani menghadapi masyarakat..

Doa ummi, semoga Along akan berjaya mengharungi liku2 kehidupan ini.. dan, InsyaAllah akan di bantu oleh Nya Yang Esa.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Dan, perjalanan ummi hari ini, sampai ke penghujungnya..

-------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.. kami sampai ke kemaman, dalam pukul 9malam.. dengan selamatnya..
Moga kejayaan ini akan di susuli dengan kejayaan yang lain nya di masa - masa hadapan.. InsyaAllah..

Monday, May 25, 2009

Along di usia 6 tahun

Ucap syukur kepadaNya kerana menganugerahkan ummi dan abah dengan anak seperti along. Mungkin along agak kurang glamour terutamanya bila berada di khalayak ramai, tetapi sudah dapat membuatkan kami berbangga dan bergembira dengan pencapaian along setakat ini.

Along merupakan seorang anak yang pemalu, agak sukar untuk berinteraksi. Biasa nya kalau sesiapa bertanya, sepatah yang ditanya, maka sepatah jugak la yang dijawabnya. Kekadang terasa dengki dengan anak - anak orang lain yang sangat petah berbicara.. terutamanya kalau tengok dalam Pondok-pondok ke, Tom-tom bak ke.. semua anak2 yang di jemput sangat lancar berbicara, tak kira walau di hadapan kamera sekali pun..

ALIA SYAKIRAH bukan sebegitu.. seorang yang pendiam dan sangat sukar untuk bertutur.. kalau tak kena line, memang senyap terus.

Namun begitu, ummi SUDAH amat berbangga dengan pencapaian along selama 2 tahun persekolahan along di Tadika Yayasan Terengganu ini.

Achievement along setakat ini :
1. Semasa 5 tahun, along dapat menyertai kanak - kanak tadika Khatam AlQuran
2. Tahun ini, along terpilih sebagai peserta yang akan menghafal Surah Yasin berserta dengan terjemahan nya.
3. Memenangi tempat kedua dalam pertandingan mewarna yang di adakan oleh Bank Rakyat
4. Terpilih memasuki pertandingan mewarna sempena perasmian bilik bacaan di Perpustakaan Kemaman, yang di anjurkan oleh ExxonMobil
5. Terpilih memasuki pertandingan Coral Speaking peringkat Negeri Terengganu - dan akan bertanding pada hari sabtu ini. 30hb Mei 2009
6. Terpilih sebagai Penolong kelas Anggerik
7. Terpilih mengetuai kumpulan Coral Speaking ( coz suara tak kuat, kata cikgunya.. so, cikgu nya letak dia sebagai ketua..heheh.. tak banyak suara guna..)

Sebagai seorang anak pula, along merupakan seorang yang sangat patuh dengan arahan dan peraturan yang telah kami tetapkan.. terutamanya peraturan ummi la.. coz ummi yang paling banyak meluangkan masa dengan anak - anak, berbanding abah.. so, terlalu ketat dan banyak peraturan yang ummi tetapkan supaya setiap sesuatu berjalan mengikut jadual.
Biasala, ummi seorang ibu bekerja. Terpaksa mengikut jadual.. nak kena bangun awal, siapkan anak - anak, nak kena hantar along dan adik ke sekolah.. then, nak kena masuk office before 9am. (walaupun bos tak menekan sangat, tapi ummi tak suka juga masuk office terlalu lewat)..

Along jugak sangat menyanyangi adik nya.. ( cuma, kekadang naik angin jugak kalau time adiknya tak ikut apa yang dia cakap..hehe.. biasa la adik.. )

Semenjak 5 tahun, along sudah belajar berpuasa.. seingat ummi, hanya beberapa hari sahaja yang along tinggalkan.. dan, tahun ini dia sudah bercita - cita untuk berpuasa penuh.

Bab sembahyang, along juga boleh di harap ( walaupun banyak lagi bacaan yang di perlu belajar )..namun, dia dah boleh mengetuai adik Muadz sembahyang dengan nya kalau time ummi bercuti..

Dalam kehidupan seharian, boleh di katakan along sudah boleh berdikari.. cuma, apa yang ummi risau ialah, pergerakan along yang sangat slow.. lenguh kalau nak tunggu dia siapkan satu2 kerja.. tapi, InsyaAllah ianya akan berubah kepada yang lebih baik bila along meningkat dewasa..

Doa ummi yang tak pernah putus, semoga along akan sentiasa di rahmati Allah, walau di dalam apa bidang sekalipun dan akan berjaya di dunia dan di akhirat..

Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Ummi..
25 Mei 2009

Saturday, January 03, 2009

Along d swimming lesson



Selepas melepasi beberapa lesson, along telah banyak perubahan.. dah semakin berani walaupun hakikatnya along masih belum dapat mencecah kaki ke dasar kolam..

Dalam group yang along belajar ni, along adalah yang paling muda.. hehhe.. Alhamdulillah, ok la coz walaupun along masih muda, tapi along banyak usaha.. so, u get it.. after 8 lesson, now u can swim...

Syukur.. coz ummi dan abah memang tak dapat nak ajar anak2 berenang coz kami tak pandai.. :D

Macam yang ustaz cakap, bagi anak2 belajar berenang, memanah dan berkuda akan dapat pahala, coz ianya amalan sunnah Nabi.. so, okla.. moga along cepat dapat memahami step yang di ajar..













Dan, every week.. pastinya 'anak twetty' ni pun akan sama sibuk nak main air...
Posted by Picasa