T�tulo do Seu blog aqui

Wednesday, April 04, 2007

Along dapat Stetoskop


Sebenarnya, dah lama abah janji dengan kak ya nak beli 'check - check'.. tapi, tak berjumpa dengan yang murah sikit.. semua nya around Rm100 - rm300.. agak mahal juga kerana kami just nak cari yang sesuai untuk anak² je... Nak beri untuk kak ya menanam minat untuknya menjadi doktor suatu hari nanti.. 

Kak ya ni memang dari kecik lagi dia suka tengok medik tv tu.. so, ambil inisiative dari tu lah, moga minat dia tu akan bercambah..

Minggu lepas kami balik kampung dan kebetulan juga lah sewaktu ummi dan abah ke bandar KB tu, terjumpa lah dengan apa yang kami cari selama ni..

Alhamdulillah.. dapat belikan untuk kak ya.. emm.. suka la dia .. 😍🥰