T�tulo do Seu blog aqui

Thursday, March 25, 2010

Ummi redha..

Harini along dapat keputusan peperiksaan OTI 1 nya. Selepas beberapa hari ummi tak lalu nak makan kerana risaukan keputusan along, hari ni bertambah lagi takde selera nak makan. Ini gara - gara keputusan along yang tidak menepati dengan jangkaan ummi.

Keputusan yang telah along perolehi :

BM 1 - 100
BM 2 - 95
BI - 96
MATH - 94
PAI - 98
SC - 100
JAWI - 98

Kedudukan dalam kelas : 2/31

Sebenarnya cita - cita ummi agak tinggi. Ummi mengharapkan along akan mendapat tempat pertama bukan sahaja di dalam kelasnya, malah seluruh kelas.

Memang pada mulanya ummi agak kecewa dengan apa yang along dapat, tetapi apabila memikirkan semula, bahawasanya segalanya datang dari Allah, dan Allah telah menetapkan setakat itu pencapaian along, maka ummi redha dengan segalanya.

Kekadang ummi sendiri pun memerlukan semangat dan pendorong dalam menghadapi situasi - situasi sebegini. Biasanya ummi akan mendapat penawar apabila membuka dan membaca butir - butir ilmu dari blog ummuhusna (wife ust zaharudin ni)

Apabila membaca blog kak as ni, jiwa ummi akan lebih tenteram kerana banyak nasihat dan panduan yang kak as telah kongsikan dengan semua. Ummi selalu teringin menjadi sebaik kak as, tetapi masih banyak kekurangan dalam diri ini. InsyaAllah ummi cuba untuk menjadi yang terbaik dan ummi juga akan cuba untuk menjadi ibu yang baik untuk anak - anak.. moga Allah permudahkan usaha ummi dan ummi juga akan berjaya.. InsyaAllah..

Mendapat inspirasi dari blog kak as, maka ummi telah membuat satu kad untuk along sayang ummi.. moga semangat dia akan pulih semula. Ummi ada buat silap dengan along kerana telah membanding - banding kan along dengan mok dek. Tetapi, pada hakikatnya markah mok dek dan along hanya berbeza 1 markah sahaja. Tetapi, luck mok dek kerana sekolah lain dengan along dan mok dek telah mendapat tempat pertama.

Ummi percaya along akan mendapat yang lebih baik selepas ini. InsyaAllah. Ummi doakan yang terbaik buat anak ummi.. Amin..


Gambar : Harap along suka dengan 'HATI' yang ummi buatkan ini.. :)

No comments: